03 August 2009

Surah An-Nur ayat 39

Yang bermaksud,

Dan orang-orang yang menampik, segala amal usaha mereka adalah laksana gejala panas ( fatamorgana) di gurun tandus, orang-orang yang kehausan menyangka bahawa itu adalah air. Tetapi bila mana dia telah datang ketempat itu tiada satu jua pun yang mereka dapa.,Disana dia berjumpa Tuhan disamping usahanya maka dibayar penuhlah oleh Tuhan perhitungan orang itu dan ALLAH adalah maha cepat memberikan pertolongan.

Kasih Tuhan pada hambaNya diutuskan oleh para Nabi dan mereka diberi pula bekal berjuang, iaitu wahyu ilahi yang tersimpul dalam kitab suci. Penutup segala Nabi dan Rasul,iaitu Muhammad s.a.w membawa petunjuk al-Quran. Namun ada insan yang tidak mahu menerima kebenaran, mereka mencoba jalan sendiri yang hanya berpandukan kepada peribadinya.

Mereka berjalan mencari kebenaran sendiri dipadang pasir yang luas dan tandus, tidak tahu di mana untuk berhenti, panas terik kehausan. Tiba-tiba di tengah tandus terlihat air tergenang, terasa sejuk belum lagi dapat di minum, perjalanan di teruskan namun air tiada kelihatan, pasir jua ditempuhi. Bertambah terik panas bertambahlah jelas air kelihatan, bertambah di perjelaslah air itu oleh khayal fatamorgana. Ini kerena hanya menurutkan kata hati. Terpedaya mata dan tekanan kehausan.

Inilah dalam perjalanan hidup, berjalan di jalan terang siang hari, mata terbuka, tetapi pertimbangan bathin tidak ada. Yang salah di sangkakan benar, tetapi ditipu oleh penglihatan mata, pada hal mata hanya satu alat sahaja diantara lima pancaindera. Alat dari bathin akan menimbang segala yang dilihat dan didengar, diraba dan dirasa. Ditangkap apa yang dilihat oleh mata, lalu dipertimbangkan oleh hati sanubari.

Perjalanan manusia dapat mengajar untuk lebih berhati-hati dalam meneruskan perjalanan. Hidup diibaratkan persis pengembaraan di padang pasir yang tandus. Kadang-kadang ada juga tersimpan air di perut bumi, air yang sebenarnya air, tetapi kita tidak tahu di mana tempatnya, Kita mesti belajar mencarinya. Dan sentiasa meminta petunjuk dari ALLAH: Tunjukanlah kami jalan yang lurus, dan permudahkanlah jalanan hidup kami.

Renungan,

Rahsia hidup manusia bukan kehidupan itu sendiri, melainkan tujuannya. Daya ketahanan kita ialah pada iman dan amal soleh.

Tiba giliran menjadi paku

Hendaklah pukul habis-habisan

Tiba giliran jadi landasan

Tahan pukulan biar bertalu-talu

No comments:

Post a Comment

Macam-macam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...