21 August 2009

KHASIAT PELUK ISTERI

Datuk Dr . Mohd. Fadzilah Kamsah
KHASIAT PELUK ISTERI
(UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk
sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang
umurnya :Citylima tahu Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar
di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk
isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan
boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai
hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus
lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya
ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks:
Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di
Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam
anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel
Sheraton Subang di sini hari ini.Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan
keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif
dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antarasuami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suamidapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,''
kata Fadzilah. P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan ummatnya berkahwin.

No comments:

Post a Comment

Macam-macam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...