09 September 2009

Assalammualaikum,


> BACALAH YASSIN
> RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
> "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi
> keberkatan", iaitu:


> 1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh
> menjadi kenyang.
>
> 2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
>
> 3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
>
> 4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
>
> 5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
>
> 6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa
> yang dilihatnya..
>
> 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.. .
>
> 8.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia,
> Allah meringankan siksanya..
>
> 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
>
> 10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar
> daripada penyakitnya. .
>
> 11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap
> sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
> Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan
> pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
>
> 12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal
> orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,
> turunlah beberapa malaikat berbaris bersama
> Malaikat Maut. Mereka
> berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan
> ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
> jenazahnya".
>
> 13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang
> yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan
> dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya
> alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur
> dengan rasa bahagia dan
> tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
>
> 14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa
> bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca
> pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka.
> Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari
> kemudian dan dia akan menerima
> suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan
> membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang
> meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang
> munafik.
>
> Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada
> teman seagama yang lain.

> Untuk renungan semua,
>
> Siapakah orang yang sibuk ?
>
> Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
> akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
> seperti kerajaan
> Nabi Sulaiman a.s
>
> Siapakah orang yang manis senyumannya?
>
> Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang
> ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna
> illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi
> Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
> senyuman.
>
> Siapakah orang yang kaya?
>
> Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang
> ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara
> ini.
>
> Siapakah orang yang miskin?
>
> Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat
> yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
>
> Siapakah orang yang rugi?
>
> Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
> pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
> amal-amal kebaikan.
>
> Siapakah orang yang paling cantik?
>
> Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak
> yang baik.
>
> Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
>
> Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang
> yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan
> di perluaskan saujana mata memandang.
>
> Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
> dihimpit?
>
> Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang
> mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya
> menghimpitnya.
>
> Siapakah orang yang mempunyai akal?
>
> Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni
> syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia
> untuk menghindari seksa neraka.
>
> Siapakah org yg KEDEKUT ?
>
> Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email
> ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula
> pada org lain.
>
> Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa
> ' at kepada manusia
> lain...
>
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERHARI RAYA YANG AKAN MENJELANG TIBA.


Pelajari Bagaimana Anda Dapat Berhenti Merokok dengan Mudah serta Menyeronokkan,
Sambil Anda Dapat Terus Merokok dengan Bebas dan Selamat!

01 September 2009

Hukum di Dunia

MasyAllah... . Kalau lah di Malaysia pun lakukan hukuman sebegini pasti kes rogol akan berkurangan. ...
This guy killed 22 children (boys and girls) and raped some of them aged between 7 yrs to 13 yrs in Iran.

He was caught lashed 100 times and hanged.









Suami berubah bila dah kaya

SEBELUM saya berbicara lebih lanjut saya ingin bertanya kepada pembaca wanita khususnya, adakah anda mencari suami yang taraf pendidikannya sama dengan anda atau anda menerima seadanya? Jika anda belum berkahwin, fikirkan sepuluh kali. Biasanya wanita menerima suami seadanya, tetapi suami zaman sekarang memilih isteri yang boleh memberi keuntungan dan memberi faedah kepadanya.. Bukan mereka sahaja, malah keluarga mereka juga berpandangan demikian.

''Kalau boleh mereka mahukan menantu perempuan yang ada segala-galanya yang boleh memberikan kesenangan dan tidak menyusahkan anak lelaki mereka, misalnya ada kereta, rumah dan pekerjaan yang baik.'' Demikian cerita Khalida dalam e-melnya.

''Saya katakan demikian berdasarkan pengalaman sendiri dan melihat di kalangan kawan-kawan wanita sepejabat dengan saya.. Mereka juga mempunyai pandangan yang sama. Kalau boleh suami mahu melepaskan semua tugas hakikinya kepada isteri untuk laksanakan, sementara dia bebas menyenangkan dirinya sendiri.

''Dulu masa mula berkahwin saya tahu taraf pendidikan dan pendapatan suami saya Zainoor, cuma seorang kerani, sementara saya walaupun seorang guru tetapi berijazah. Biarpun saya tahu kedudukannya, tetapi saya yakin kebaikan, dedikasi dia dalam bekerja di samping pandai menjalankan perniagaan sambilan boleh bahagiakan kami.

''Saya lihat dia cukup rajin berusaha, kerana itu saya yakin dia boleh menjadi ayah yang baik kepada anak-anak kami nanti. Hasrat saya tercapai hinggalah usia perkahwinan kami mencecah 12 tahun dan kami mempunyai 4 orang anak.

''Syukur kepada Allah kerana hidup kami cukup bahagia. Tambahan pula ketika itu Zainoor telah berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan atas dorongan saya, sementara saya sendiri telah naik pangkat menjadi guru besar.

''Berkat usaha dan persefahaman kami suami isteri, kami berjaya memiliki 3 buah rumah dan dua buah kereta untuk memudahkan kami bekerja.

''Sebenarnya bukan mudah memimpin suami menjadi berjaya, saya mengeluarkan wang simpanan yang banyak sebagai modal untuk menggalakan dia berniaga pada awalnya. Malangnya ketika itu kerana sayangkan suami dan ikhlas untuk membantunya, saya tidak pernah meminta balik duit yang dijadikan modal dia berniaga.

''Sebaliknya saya nasihatkan dia supaya menambah modal lebih banyak lagi supaya perniagaan dapat berjalan lancar tanpa tertangguh kerana ketiadaan modal. Pendek kata sejak lima tahun melihatkan diri dalam perniagaan sepenuh masa, hidup kami memang boleh dikatakan senang juga.

''Malangnya, saya terlupa melihat perubahan suami saya, setiap kali keluar malam saya yakin bila dia kata jumpa kontek dan rakan perniagaan. Katanya berniaga mesti banyak kontek, barulah berjaya, kalau boleh ikut cara orang Cina berniaga mereka ramai kawan, yang boleh bertukar fikiran dan meminta nasihat kalau perlu.

''Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, dia sudah mula pandai balik rumah hingga subuh. Saya dek kerana terlalu sayang dan percaya, tidak pernah terfikir dia boleh memusnahkan harapan saya dengan bercinta lagi.

''Satu malam dia balik awal lepas makan malam dia meluahkan hasrat hatinya ingin berkahwin lagi. Nak pengsan saya. Hancur semua harapan, hilang sudah kepercayaan saya terhadapnya selama ini. Sebulan kami berperang, habis tu saya lancarkan perang dingin, harapan saya supaya dia ingat kepada janji kami dan segala pertolongan saya kepadanya selama ini, dan menjadikan dia dirinya sekarang..

Bercinta

''Tapi orang tengah bercinta segala nasihat tidak didengar lagi, dia tetap ingin berkahwin dengan kekasihnya seorang wanita bekas pelayan kelab malam, berstatus janda anak tiga lima tahun lebih tua daripada saya.

''Saya rasa tidak ramai isteri yang sanggup bermadu dengan rela. Saya minta pendapat keluarga, memang tidak ada yang setuju, ibu saya yang tua dan uzur menyerahkan segalanya kepada saya, dan dia tidak menghalang kalau saya bercerai. Kerana ibu tahu besarnya pengorbanan saya menjadikan suami saya dengan kedudukannya hari ini. Dan ibu amat kesal kerana pengorbanan saya selama ini tidak dihargai.

''Kerana permintaannya di bantah, dia jadi seorang peminum dan jarang-jarang balik ke rumah. Dia bukan lagi suami saya yang saya kenal dulu. Akhirnya saya terpaksa memberi kata dua kepada suami saya untuk melepaskan saya. Dua bulan lamanya dia membuat keputusan dan seterusnya dia meninggalkan rumah dan pindah ke rumah baru dengan wanita tersebut bersama anak-anaknya.

''Apa yang saya kesalkan sudahlah suami buat saya sedemikian rumah, adik beradiknya ikut memfitnah suami saya bahawa saya tidak hebat dirajang, terlalu sibuk bekerja, selalu berkursus dan paling menyakitkan hati bila dia menuduh saya membodohkan dirinya selama ini kerana mengikut cakap saya.

''Pada saya tuduhan membomohkan dia memang fitnah, siapa dia? Dia cuma kerani asalnya, kalau saya pandai cari bomoh lebih baik saya bomohkan jutawan atau pegawai tinggi kerajaan supaya kahwin dengan saya bukan dia! Kejayaan dia dalam perniagaan sekarang pun hasil modal saya kalau tidak hingga kini dia masih kerani lagi. Memang dasar tak sedar diri!

''Lebih pelik mengapa selepas 13 tahun berkahwin baru timbul isu bomoh? Sepatutnya saya tuduh suami saya yang bomohkan saya, kerana mahu berkahwin dengan dia cuma seorang kerani sedangkan saya ada izajah.

''Sesungguhnya Allah Maha Besar. Baru setahun berkahwin, hidupnya mula berantakan, sudahlah duitnya dikongkong oleh isteri barunya, nak jumpa anak-anak sendiri pun disekat. Sehinggakan telefon bimbitnya pun dikawal rapi.

''Namun saya tidak kisah saya mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak saya. Syukur kepada Allah anak-anak saya dapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan tahunan mereka. Hakikatnya perceraian kami sedikit pun tidak mengganggu pelajaran mereka, malah saya lihat hidup mereka lebih ceria lagi. Dengar cerita belum sampai dua tahun berkahwin bekas suami saya sudah jadi kaki hutang.

''Kini hidup saya lebih bahagia. Benarlah kata orang, kekayaan belum tentu menjadikan kita bahagia. Kini hati dan fikiran saya lebih tenang, tak perlu melihat jam pukul berapa suami balik. Tak perlu terkejar-kejar siapkan makanan bila suami balik, kini saya lebih bahagia hidup bersama anak-anak. Biarlah dia bahagia bersama anak-anak tiri dan isteri barunya, di situ mungkin dia lebih bahagia daripada dengan anak-anaknya sendiri.

''Bukan niat berdendam tetapi bila segala pergorbanan tidak dihargai, tiada gunanya bertahan dan berpura-pura bahagia. Saya ambil langkah tepat untuk membahagiakan diri dan anak-anak saya. Bukan menderita menunggu suami yang sudah lupa diri.

''Kepada kaum hawa di luar sana, saya ingin berpesan, anda tidak perlu berasa lemah jika ditinggalkan suami kerana Allah yang mengatur segala kehidupan kita. Tentunya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala yang berlaku. Anda bukan perempuan malang. Tetapi anda terpilih untuk melalui ujian-Nya.'' Demikian cerita Khalida panjang lebar untuk menjadi teladan anda.

Yakinlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, Terpulang kepada anda mentafsirkan tetapi kalau tidak yakin anda boleh berdikari, sabar dan telanlah atas apa yang berlaku.

hukum bersetubuh pada siang ramadan

ABU Hurairah, berkata, “Ketika kami duduk di sisi Nabi SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki menemui baginda, lalu berkata: Ya Rasulullah, aku telah binasa dan sengaja membuat bencana”. Nabi bersabda: “Apa yang terjadi”. Orang itu berkata: “Aku menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa”. Rasulullah bersabda, “Adakah anda mempunyai hamba perempuan untuk dimerdekakan? Lelaki itu menjawab: “Tidak punya”. Sabda Nabi lagi: “Adakah anda mampu berpuasa dua bulan berturut-turut iaitu tidak berbuka sehari pun dalam tempoh dua bulan”, Jawabnya: “Tidak mampu’. Sabda Nabi lagi: “Adakah anda memiliki makanan untuk 60 penduduk miskin,” Jawabnya: “Tidak punya makan sebanyak itu”.

Nabi terdiam, kami semua berdiam diri, tiba-tiba disampaikan kepada Nabi SAW sekarung kurma. Nabi bersabda: ”Mana lelaki yang bertanya tadi?”. Lelaki itu berkata: “Akulah orang itu”. Sabda Nabi, “Ambil semua kurma ini dan sedekahkan”. Lelaki itu bertanya,” Apakah wajib bersedekah kepada orang yang lebih fakir atau miskin dari diriku? Ya, Rasulullah, Demi Allah, tiada satu keluarga pun yang berada di antara (sempadan) Madinah ini lebih miskin dari keluarga ku. Mendengar itu, Nabi SAW tertawa sehingga jelas nampak beberapa gigi taringnya kerana hairan mendengar keterangan sahabat yang amat miskin itu. Beliau terus bersabda,” Kalau demikian, berikanlah makanan itu kepada keluargamu saja - iaitu anak isteri anda,” 1839 Sahih Bukhari.

Puasa si Miskin - Cukup Memberi pengajaran

Sekadar renungan...........buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya..
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Macam-macam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...